Welcome To SiD's Territory!

Followers

Friday, December 31, 2010

HUKUM SAMBUT TAHUN BARU MASEHI BAGI MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM




Amat malang saudara-saudara kita di Palestin, dalam keadaan mereka dibunuh, disembelih, dicemar kehormatan dek tangan-tangan penjarah dan anjing-anjing neraka, Yahudi Laknatullah ‘alaihim ajma’in, saudara-saudara mereka di Malaysia dan lain-lain lagi sibuk menyambut perayaan yang membesarkan Tuhan selain Allah, membesarkan syariat selain syariat Islam, memuja ajaran kufur yang mengatakan Tuhan itu Tiga tapi satu satu tapi tiga.


Ya, saudara-saudara mereka pada malam ini akan menyambut Tahun Baru Masehi, perayaan yang padanya dizahirkan Syiar Agama Nasrani yang syirik yang dilaknat Allah s.w.t. Mereka melupakan saudara mereka yang ditindas, membiarkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan tetapi tidak diendahkan…Wang dan harta benda dibelanjakan untuk membesarkan ajaran Kristian sedangkan saudara se-Islam mereka memerlukannya untuk berjihad menjaga kesucian Baitul Maqdis, tempat Isra’ dan Mikraj Muhammad Rasulullah s.a.w.

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?

Iaitulah sambutan keagamaan Kristian ‘alaihim laknatullah wa sukhtuh sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [ http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]

Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan.

Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :

Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it.

[ http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm ]

Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :


Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.

Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur (Lihat tempat bergaris) adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].

Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.

Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :


Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].

Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.

Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim berikut, sabda Rasulullah s.a.w :


Maksudnya : “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini (Eidul adha) adalah perayaan kita”.

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h dalam mensyarahkan hadis ini :


Maksudnya : “Diambil daripada hadis ini ketetapan hukum dilarang melahirkan rasa gembira pada perayaan kaum musyrikin dan meniru mereka (dalam perayaan)”. [Fathul Bari, 3/371].

Syeikh al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan perayaan tersebut maka dia kafir. [Ibid].

Keempat : Ijmak Ulama

Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :


Maksudnya : “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].

Lalu dia menyatakan lagi :


Maksudnya : “dan sebagaimana mereka (kafir) tidak boleh menzahirkan syiar perayaan mereka maka tidak boleh pula bagi kaum muslimin menolong dan membantu mereka (mengadakan perayaan dan menzahirkan syiar agama mereka) dan tidak boleh menghadirinya dengan sepakat ulama”. [Ibid].

Kata beliau lagi :


Maksudnya: “adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq(ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: “ ‘Eid Mubarak”(“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Jika pengucapnya selamat daripada iktikad kufur maka ianya haram (jika tidak, maka hukumnya kufur juga), ini kerana ucapan ini samalah seperti kita memberi tahniah atasnya kerana sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih dahsyat daripada seseorang memberi tahniah kepada seseorang kerana meminum arak, membunuh, berzina dan seumpamanya”. [Ahkam Ahli Zimmah, 162].

Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.

Berkata Ulama Hanafiah :

Maksudnya : “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”. [Majmak al-Anhar, 2/513]

Ulama Malikiah menyatakan :


Maksudnya : “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”. [al-Syarhul Kabir, 4/181]

Jelas daripada kenyataan ini, menyambut perayaan kafir adalah dosa besar.

Berkata Abul Qasim Hibatullah al-Syafii :


Maksudnya : “dan tidak boleh bagi muslimin menghadiri perayaan mereka (musyrikin) kerana mereka itu melakukan munkar dan dosa”. [Ahkam Ahli Zimmah,156]

Dalam al-Majmuk dinyatakan :


Maksudnya : “dan dilarang mereka itu (Ahli Zimmah yakni orang kafir yang hidup sebagai warganeraga negara Islam) daripada menzahirkan arak, babi, membnyi loceng, mengeraskan bacaan Taurat dan Injil, menzahirkan salib dan perayaan mereka serta menguatkan suara ratapan mayat”. [19/412]

Ulama Hanabilah menyatakan :


Maksudnya : “dan haram menghadiri perayaan Yahudi dan Nasrani dan selain mereka daripada orang kafir”. [Kaysaful Qina', 3/131]

Daripada kenyataan para ulama mazhab yang empat ini, menunjukkan semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat mengharamkan perayaan kafir sama ada menyertainya, memberi tahniah, atau membenarkan mereka mengadakan sambutan secara terbuka dalam negara Islam.

Kelima : Qaul Sahabat


Maksudnya : “Berkata Umar r.a : Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].

Kesimpulan

Oleh itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masihi.

Usaha sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min zalik.

Cara-cara Membuat E-book Cover(Part 7)

Video kali ini adalah bertajuk artwork...Walaupun namanya suci tetapi langkah kali ini yang akan diajarkan kepada korang sume adalah sangat sesuai bagi seorang yg pemalas...hehehe...Sori2 bukan pemalas...tp bagi orang yg belum mempunyai sebarang idea lagi untuk memulakan langkah pertama dalam membina atau mereka cipta e-cover mengikut kreativiti diorang masing2...Ok then..layan video ni dlu...



(Erm..sori..x dpat nk upload kat sini...problem occured..)



Explanation...
  1. Video ini akan memberikan korang ilmu yg akan menyenangkan korang kerana dalam kata lain ia mengajar korang untuk mengamalkan plagiat iaitu amalan meniru...
  2. Langkahnya senang saja...Sebelum mula korang perlu tahu terlebih dahulu...Semasa korang download adobe photoshop korang semestinya akan dapat Adobe Bridge...Kehadiran application ini sememangnya penting untuk membolehkan korang meniru hasil karya orang lain...Tapi awas!!!Sebab bukan semua karya yg didapati boleh ditiru dengan sewenangya...Kerana zaman sekarng mempunyai undang-undang siber di mana korang akan dikenakan tindakan sekiranya telah melanggar mana-mana peraturan...Aku dah gtau ni kalau korang berani gak nk tiru silakan la ye...Jangan ckp ak x sound awal2...
  3. Jadi bukalah application Adobe Bridge...Korang pilih la hasil karya mana yg korang suke dalam directory korang n then double klikkan ia...Kemudian ia akan secara automatiknye muncul di Adobe Photoshop lengkap dengan layer-layernya sekali...
  4. Dari sini kerja korang telah menjadi mudah...Mana-mana tulisan dalam 2 korang edit je tukar jadi tulisan korang sendiri..Err..untuk pengetahuan...sebenarnya dalam video ni mamat yg tengah bercakap 2 die amik hasil karya yang telah dibeli...So di dalam folder beliau mmg la terdapat sume layer2 2 yg berbentuk image...So die boleh edit blk sume karya 2...Kalau korang maen save as je image e-cover yg korang jumpa kat google...layer-layer tersebut tidak akan muncul di Adobe Photoshop kerana ia telah di'lock' oleh tuan empunya karya...(So better buat sendiri je)
  5. Kemudian lpas korang dh abis edit..pilih la style e-cover mane yg korang nk dan macam biasa tekan button action(logo play) itu..Sila klik pada step 2 untuk lihat secara keseluruhan e-cover korang 2...Kalau dh puas ati jom kite ke langkah seterusnya...
  6. Pergi semula ke e-cover(yg korang curi) yg telah di paste pada Adobe Photoshop 2..Gunakan rectangular marquee tool dan select e-cover tersebut...Klik pada button edit pada toolbar di atas dan seterusnya copy merge...
  7. Balik semula ke tab yang mengandungi e-cover pilihan korang dan paste je pada step 1 tersebut...Pas2 pandai2 la adjust bg tutup sume background gray tersebut sehinggalah hanya nampak e-cover(curi) korang 2 je...
  8. Last skali pegi ke step 2 dan playkan aje...Terhasillah sebuah karya anda sendiri yang diciplak...
  9. Korang kalau nk test kat e-cover yg laen pun boleh..just menggunakan langkah yg sama...Pada penghujung video ni ade tunjukkan die copy merge pada bahagian side buku 2..Sebabnye e-cover yg die pilih kemudian 2 mempunyai side...So die copy dan paste je pada bahagian side e-cover yg nk digunakannya...Sume step die same je...Juz applykan...Hehe..Selamat mencuba...peace...:)

Thursday, December 30, 2010

Mumia Firaun Temukan Dr Maurice Dengan Islam









PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?


Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah

Thursday, December 23, 2010

Cara-cara Membuat E-book Cover(Part 6)

Background Colour....Demikianlah tajuk yang akan kita pelajari pada post kali ini...Post kali ini akan memberi korang ilmu untuk merekacipta sendiri background yg korang nk untuk diimplementasikan ke dalam e-cover rekaan korang...Macam biasa untuk lebih paham sila layari penerangan visual yg terdapat di dalam video di bawah ini ye....

video

Explanation...
  1. Korang perlu pergi ke layer yg di mana mengandungi background e-cover korang 2..Selalunya kedudukan layer tersebut akan berada di kedudukan yg bawah sekali di mana pada layer tersebut ade background yg berwarna gray...
  2. Klik pada layer tersebut dan pada toolbar di sebelah kiri akan terdapat dua petak segiempat sama yg bertindih...Untuk memastikan bahawa betul atau x layer yg korang pilih 2..klik pada logo mata dan lihat sama ada ia hilang atau tidak background di dalam cover korang...Kalau hilang 2..betul la..pas2 jgn lupa klik balik pada logo mata 2..
  3. Langkah seterusnya ialah dengan klik pada Marquee Tool...Di sini juga boleh korang nk pilih jenis marquee yg laen tetapi aku suggest kite amik yg simple dlu la ye...Guna Rectangular Marquee Tool...Kegunaannya adalah untuk select bahagian mana yg kite nk kalerkan...Dan di sini kita akan select bahagian muka depan cover tersebut dahulu...
  4. Sila klik pada petak yg berada di toolbar yg berada di tepi dan akan terpampanglah Colour Picker di mana korang leh pilih background yg korang nk...
  5. Pilih kaler yg berada di petak atas(foreground) dlu pas2 leh la korang teruskan dengan petak di bawah(background) dan seperti biasa pilihlah korang punya feveret kaler untuk dijadikan sebagai background e-cover korang...
  6. Dalam video ni gak pas langkah td korang dah setelkan...ia ada mengajar korang untuk menstylekan lg background korang dengan menggunakan gradient tool...Klik pada tool tersebut dan korang leh pilih sama ade kaler dan style yg korang ske...Gradient tool ini kegunaannya adalah untuk bermain dengan tone warna...Contohnya dari warna gelap ke warna terang...Ikut ske ati korang la nk buat tone warna 2 dari arah mana pun...Caranya adalah dengan drag je mouse 2...
  7. Pas dh siap untuk muka depan je...Kita akan teruskan dengan side e-book korang 2..Caranya same gak iaitu dengan menggunakan gradient tool...Klik pada logo gradient tool itu tp jgn lupa untuk klik pada toolbar di atas yg mewakili new selection..Sbb yg td kite dh gune untuk muka depan dh..
  8. Dengan langkah yg sama drag la mouse korang dari arah mana korang ske..Dan kalau x puas ati leh terus je drag mouse 2 dari arah laen yg korang nk smpai puas ati..
  9. Kalau korang nk ade bahagian2 tertentu dalam cover korang berkaler yg laen...Juz guna blk marquee tool dan drag pada bahagian yg korang nk..pas2 gunakan petak kaler yg berada di bahagian toolbar di tepi dan pilih kaler mane pun...Kemudian klik button edit dan seterusnya button fill..Kemudian jika korang pilih kaler yg berlainan pada petak foreground maka pada bahgian use dalam function fill 2...korang kena pilih yg 2...Pas2 klik ok..
  10. Lpas dah setel sume...korang leh tgk hasil korang dengan klik pada butang action(logo play) seperti dalam video..Klik pada step 2 dan klik button play(yg di bahagian bawah)...Biar die proses jap pas2...Tgk la...Puas ati x?
Sekian...Peace...:)

Wednesday, December 22, 2010

KENAL SIAPA MALAIKAT KITA???







Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"?

Dan Tuhan menjawab, "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."

"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."

"Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."

"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."

Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?

"Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."

Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa. 

Perihal First Timer!!!

Rehat skit la ek?Asyik post serius je sbelum ni kan...Kita usya artikel ni jap...Semua tokoh2 ni adalah orang yang pertama melakukan semua perkara tersebut...Sumber yg ak dapat ni x berape nk yakin sgt la kesahihannya....Tp stkat yg ak tgk sume org islam kan..so...let it be...ak bangga pe..korang?Kalau ak ade terbuat silap tegur la ye...


1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5...Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6....Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: 
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: 
Sumayyah binti Khabbat RA

14... Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : 
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : 
Saad bin Abi Waqqas RA


16. ...Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: 
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18.... Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20.... Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : 
Khadijah binti Khuwailid RA

22... Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : 
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: 
Ali bin Abi Tholib RA

24. ....Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : 
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25... Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : 
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27... Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: 
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : 
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29...Orang yang pertama digelar Al-Muqry : 
Mus'ab bin Umair RA

30. ... Orang yang pertama masuk Syurga : 
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..